
Mata ni dah penat mengalirkan cecair . Penat yang teramat sangat. Aku dpat rasa lelah yang aku kena tanggung bila cecair tuh nk jatuh menitis ke pipi. Namun , titisan itu memberikan kepuasan. Aku hanya mampu menangis untuk melepaskan segala2nya. Tiada siapa yang faham mahupun tahu apa yang aku rasa kecuali Yang Maha Esa ..
Aku tak berhak untuk persoalkan takdir . Tapi izinkan aku bertanya ... kenapa semua ni terjadi dlam hidup aku ? Apa sebenarnya yang Engkau mahu tunjukkan ... Dugaan kerap berulang. aku separuh mati menjalani setiap dugaan yang Engkau berikan . Aku mohon , keringkanlah cecair ini dari terus mengalir. Sakit . Sakit. Sakit. Aku dipisahkan dengan dea, org yang paling aku sayang , aku kehilangan dea .. Tapi Engkau kembalikan dea semula pada aku. Kali ini aku mohon , jangan rampas lagi dea dripada aku . Setelah kehilangan dea , baru diri aku sedar , aku tak boleh hidup tanpa dea disisi , suara , renungan mata , senyuman , gelak tawa semuanya sangat berhargaa bagi aku . Malangnya , aku tidak pernah menghargai.Setiap detik bersama dgan dea , aku rasa sangat tenang . Mengapa rasa sayang ini tidak pernah hilang walaupun telah banyak kali hati ini dilukakan ? Mengapa aku masih mengharap ? Aku dan dea , masing2 dah ada haluan hidup sendiri . Kenapa hati aku masih ada pada dea ? Kenapa rasa itu masih kuat ? Aku tahu hanya aku yang dapat mencari jawapan untuk setiap soalan itu. Aku cinta dea , Ya Allah ... Tak pernah aku rasakan kasih sayang yang kuat terhadap seseorang yang bernama lelaki ... Kuatkanlah hati aku utk menjalani semua dugaan dan ujian daripada-Mu ... Aku ikhlas untuk melepaskan dea , demi melihat dea bahagia :)
:: buat dea , Aku dah jumpa jawapan yang aku cari ... Allah satukan kita semula , walaupun hanya sebagai seorang kawan adalah untuk kita memperbaiki segala salah silap yang pernah kita lakukan . Allah beri kita peluang untuk menjalani kehidupan ini bersama walaupun kau hanya seorang SAHABAT :)
P/S ; Terima Kasih sbb selalu ada untuk aku .
No comments:
Post a Comment